Thursday, 1 March 2012

Aku Dambakan Pelangi.

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesuatu yang bermain di minda, lama-kelamaan pasti terungkai jua, sama ada melalui pancaindera ciptaan-Nya atau tindakan yang dilakukan tanpa diduga. 

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tindakan juga boleh dimaafi, apatah lagi terlajak kata-kata bisa diampuni, tapi apabila nasi sudah menjadi bubur,amat sukar dikembalikan kepada bentuk asal. Inikan pula hati manusia jika sudah retak bak kaca berderai, adakah mudah dipulihkan kembali. 

Boleh jadi segala perbuatan tidak diredhai tuhan, akhirnya tersingkap kesilapan yang menikam untuk memberhentikan anganan. Boleh jadi diri belum sempurna untuk menerima kehadiran makhluk tuhan. Akhirnya, diambil dari ingatan, dan mungkin Ar-Rahman bakal  menggantikan yang lebih idaman. 

Redha dan pasrah harus seiringan, taubat juga harus diutamakan. Bahkan wajib bagi individu muslim yang punya pegangan. Bersyukurlah masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba tuhan. 

Semoga semuanya berjalan lancar dengan sebuah harapan, yang utama tidak tersasar dari landasan. Redha Allah diutamakan, Rasul sebagai ikutan, Incha Allah. Selamat menggapai impian. 

Andai memang takdir telah menetapkan, kun fayakun, maka tak perlu gentar, kerana semuanya adalah terbaik. 


Sahabat-sahabat handai yang saya sayangi kerana ALLAH, saya kuat kerana saya berada di antara kalian yang menguatkan saya, semoga Allah sahaja membalas jasa kalian. Ummi, terima kasih atas dorongan. Doamu sentiasa mengiringi Incha Allah.


Selamat meneruskan perjuangan~
29 Feb 2012 ( Sekali setiap 4 tahun, agar mudah xdikenangi lagi)


1 comments:

Sesunguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.

Followers