Friday, 2 March 2012

Gempar!

Bismillahirrahman Arraheem..
    
Ketika sedang melengkapkan diri untuk menunaikan fardhu zohor, di kamar mandi, tiba-tiba suara pintu utama berbunyi. Kehairanan seketika sebab kami memiliki satu kunci sahaja untuk rumah kami.  Disangkakan tuan rumah, mustahil! Tidak diketuk dulu sebelum memasukinya. Untung aja pintu bilik air sudah berlubang kecil disebabkan kerosakan kecil berlaku. Diintai dari lubang kecil tu, 2 orang lelaki berkulit gelap, NEGRO  masuk ke rumah. "Ya Allah!! Nyawa aku? Kedua barang-barang aku?"

Tiba-tiba seakan ada orang cuba menolak pintu kamar mandi tetapi tidak berjaya. Terkumat kamit membaca Ayat Kursi. Seakan nyawa di hujung tanduk. Selang sepuluh saat, mereka keluar.Lantas aku berlari ke bilik tidur. Aku terus mencari beg dan menelefon penghulu kami. Dengan suara terketar-ketar, menanyakan dan dia menjawab, dia terkejut lantas telefon habis kredit panggilan. Penghulu mengetuk pintu rumah, dan menceritakan hal sebenar. Laaaa rupa-rupanya orang tu salah rumah lah, dia nak naik ke rumah atas, tak tahu pulak  bakal ada penyewa baru di atas. Huhhh Ya ALLAH bersujud syukur aku seketika. ALHAMDULILLAHH.. Hem lain kali, kunci pintu walaupun di waktu siang! 


Tapi pelik jugak, ada jugak kunci lain yang boleh bukak pintu tadi? Setelah dicuba, memang ada. Cuma kunci utama tidak sekali. Jadi,sentiasa berwaspadalah pada setiap perkara. Andai aja saya tidak di bilik air, boleh jadi saya berteriak. Allah Bersama Kita. Bersyukurlah~~





0 comments:

Followers