Mohammad Rasulullah

Allahumma Salli Ala Mohammad, Habibina Mostafa Wa Barek Wasallem

Kasih Sayang Menjalin Mahabbah

Ukhuwwah Persis Sekuntum Mawar Yang Sedang Mekar

Taman Cinta, Paris.

Sesungguhnya Orang-orang Mukmin Itu Bersaudara

Seputih Salju

Sesegar Kasihmu Yang Tidak Pernah Layu

Melihat Bumi Tuhan

Berjalan, bermusafirlah melihat kebesaran Allah

Sahabat Selamanya

Teruskan Perjuangan Walau di Mana Kita Berada

Dingin Malam

Ramadhan di Alexandria

Thursday, 21 March 2013

Kita Normal

بسم الله الرحمان الرحيم


Alhamdulillah, akal diberi peluang untuk mengasah dan mengolah ayat berkaitan ujian kehidupan lagi.


21 Mac 2013, debaran di hati-hati calon Sijil Pelajaran Malaysia.

" Ah, bengang betul, kalau macam ni keputusannya, baik tak yah belajar" 

" Ya Allah tak sangka result aku macam tu"

Seketika, saya melontarkan soalan pada sebahagian mereka ketika di dewan itu..

" Macam mana result? Ok tak?"

" Biarlah rahsia. Tak berani nak ambil"

Yeke SPM penentu masa depan? Saya tak berapa nak percaya statement ni.

Kenapa?

Sebab saya juga bukan antara calon SPM yang mendapat result yang menggegarkan.

Perlukah saya menghebahkan perkara ni? 

Jawab saya, perlu!Kerana setiap kali orang bertanya kepada saya, saya dari kelulusan mana? Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda, Universiti Hasan Thani, Mohammedia, Maghribi.

Wah mesti gempak kan result SPM? 9, 10 A?

Tersenyum simpul saya. Kenapa? Sebab kawan-kawan saya saja yang macam tu. Saya cuma 20 peratus dari mereka.

Dah tu macam mana boleh pergi sana lepasan SPM?

Satu : Mungkin saya punya kefasihan dalam berbahasa arab. ( Perasan Kejap). 

Dua : Allah dah nak kasi rezeki ke sana. Kita tak boleh halang. Keinginan perlu diiringi doa untuk Allah makbulkan kita ke mana kita nak tuju.

Saya memang sukakan bahasa arab sejak dari sekolah rendah. Sejak mula-mula mempelajari subjek-subjek SPM, saya sudah tanamkan azam nak ke negara arab, bukan dalam bidang SAINS. Walaupun saya juga di bidang tersebut, tapi sangat lemah dan kurang berminat ke arah itu.

Tak jadi masalah, yang penting ada MATLAMAT.

Orang tak ada matlamat contohnya :

"Lepas ni nak ke mana?" " Entahlah, tengok result dulu."

Kalau result ok, ok lah. Kalau tak ok, ada yang fail, so nak ke mana?

Balik rumah tanam anggur lah, dapat juga hasilnya. 

Hey awak, andai yang fail pun, kalau Allah tu nak bagi rezeki, kita tak boleh 'lari'. Jangan sempitkan fikiran kita, kata kita bodoh lah, tak guna lah, itu bukan sikap pelajar muslim yang cemerlang. 

Cari kekuatan, bina semangat, fikirkan arah untuk menuju ke lorong mana. Incha ALLAH ada jalannya. 

Stop crying, gagal sekali ini, tapi Allah masih beri kita nikmat bernafas untuk kita fikir dengan tenang, supaya kita boleh baiki kesilapan lampau. 

Cuba pejamkan mata kenapa aku ditakdirkan memperoleh keputusan yang tidak memuaskan :

Lazimnya mereka suka menyalahkan kesalahan teknikal duniawi, tapi pernahkan kita  terpikir hubungan kita dengan pencipta kita bagaimana.

Solat kita?

Ibadah kita?

Sudah cukup? 

Hubungan dengan keluarga? Rakan? Sahabat? Jiran? Guru? Ibubapa? 

Semuanya berkaitan dengan natijah kehidupan kita. 

Andai semua itu sudah beres sekalipun, ingatlah Allah saja nak kasi kita mengadu pada-Nya kerana rindukan tangisan hambanya yang mendambakan permintaan.

Nikmat akan dilihat dan diketahui bila mana kita sudah berjaya kelak. 

Stop crying again. Tapi tangislah dalam penyesalan. Incha Allah- ALLAH MAHA MENDENGAR.




Sekian saja buat tatapan adik-adik juniors sekalian.

Maaf andai tersalah kata dan leka berpena. 







Followers