بسم الله الرحمان الرحيم
Kata orang, bersusahlah dahulu, bersenang kemudian. Tapi kadang-kadang, kita tak boleh amalkan pepatah itu, sebab kita bukan seorang yang sabar untuk mengetahui kejayaan sesuatu rintangan. Kadang-kadang ada juga yang susah untuk terima kenyataan bahawasanya kesusahan itu memang ada jalan. Dan adakalanya jarang juga orang untuk memberi keyakinan pada diri individu yang dalam berkehendakkan galakan untuk terus ke hadapan. Tapi tidak dinafikan, memang ada. Cuma ingin saya tegaskan tidak ramai, sehinggalah mereka sendiri memiliki naluri bahawa kejayaan bakal digenggam dan memberi semangat serta nafas baru untuk individu itu berjaya kelak.
Tahniah saya ucapkan buat mereka yang mendoakan kejayaan teman-teman mereka, meminjamkan bahu untuk ditangisi, bergembira dan bergelak tawa dengan ria. Inilah dikatakan sahabat. Bukan kawan mahupun rakan.
............................................................................
Saya adalah seorang yang suka berlagak biasa dan kadang-kadang mudah menangis kerana terkejut dan kerana kegembiraan mahupun kesedihan. Sem kali ini sangat mencabar buat diri saya untuk terus betah bertatih ke garisan penamat. Hari demi hari dipujuk juga hati untuk bangun dari lena bahawa saya akan berjaya satu ketika nanti. Namun itu tidak semudah yang dibayangkan. Dari dinihari menjelang senja, waktu untuk saya kuliah tidak pernah sunyi, walaupun kadang kala saya mencuri masa untuk berehat kerana kelelahan berlari dalam mencari keberkatan ilmu. Hati jadi gentar dan tercabar bila ada beberapa orang ustaz yang seakan tidak memberi kepercayaan kepada saya untuk mengambil killer subjects dengan banyak. Akan tetapi, saya yakin mereka mendoakan kejayaan saya dan itulah adalah mainan cabaran bagi saya. Seorang guru bimbingan tesis saya pernah bertanyakan pada saya, "bagaimana kamu mahu ulangkaji dengan pelajaran yang cukup banyak sedangkan kamu juga sebuk membuat tesis kamu?" Saya tersenyum dan menggenggam sejuta impian dengan hati yang seakan berkaca dek kerana sedikit patah semangat, Tapi, saya masih ada Allah Yang Maha Mendengar rayuan saya. Love U Allah.
Menjelang musim peperiksaan, diberi tempoh satu minggu untuk mengulangkaji kesemua subjek. Saya mulai risau bagaimanakah harus saya susun waktu yang sangat singkat untuk 12 subjek yang diambil. Bagaimana saya bahagikan masa saya dengan tidur yang cukup ( tidur? hehe). Dan juga bagaimana hendak saya mengulangkaji pelajaran yang belum tentu boleh masuk semua dalam ingatan, sedangkan esoknya berturut-turut tiga subjek yang bakal dijawab. Hari demi hari bersilih ganti tiga dan dua subjek. Banyakkan bertawakal mudah-mudahan soalan yang dibaca itu adalah soalan yang bakal keluar dalam kertas peperiksaan. Apatah lagi jika soalan itu adalah satu-satunya soalan yang perlu dijawab tanpa pilihan soalan lain, maka nak tak nak, kita perlu jawab. Sungguhperit rasanya ujian kali ini, tapi tidak bererti cabaran itu makin luntur. Sedaya upaya saya berusaha untuk terus tabah dalam ujian dunia yang Allah berikan pada saya. Alhamdulillah masih diberi kekuatan.
Dengan segala kesabaran ( yeke?) selamat sudah peperiksaan sem 3 dan sem 5 ini berlangsung, sangat gembiralah hati, tetapi masih berdebar menunggu keputusan. Apakah cemerlang atau sebaliknya? Apakah perlu ulang kertas yang diambil atau lebih parah lagi akan mengulang subjek-subjek berikut pada sem akan datang? Allahu Akbar, banyak sangat yang bermain di fikiran. Jangan kita lupa, Allah bersama orang-orang yang berdoa. Bukan doa dari saya semata-mata,bahkan doa dari ibu bapa, guru-guru, sahabat handai yang sangat berkeyakinan kepada saya bahawa saya akan berjaya, mereka adalah sahabat sekuliah saya, serta sahabat-sahabat Malaysia di sini, kakak-kakak senior dan doa-doa muslimin yang lain. Sangat berterima kasih saya pada mereka. Semoga Allah sahaja yang membalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Maha Suci Allah. Allah itu sangat sweet bukan? Dia tak akan biarkan kita terkapai-kapai. Dia mahu kita rapat dengan Dia. Selagi tak minta-minta betul, Allah tak kan bagi peluang kejayaan kepada kita. Kadang-kadang kita rasa, kita memang sudah hebat berdoa, tapi kenapa masih susah diperkenankan. Mungkin belum cukup syarat-syarat tersebut untuk dimakbulkan, atau Allah menguji keikhlasan kita.
Hadirkan keyakinan pada Allah kerana Allah bersama keyakinan kita denganNya. Sentiasalah bersangka baik pada Allah, kerana Allah bersama sangkaan hambaNya.
Tibalah hari keputusan peperiksaan bakal dikeluarkan, saya bersama teman serumah, sangat berdebar perasaan masing-masing. Adakah doa-doa yang diungkapkan bakal dimakbulkan, atau perasaan ini bakal diuji lagi. Oh Allah. Ampunkanlah hambamMu. Menjelang asar, kami ingin bersiap ke kuliah, di akhir rakaat terakhir dalam asarku, terdengar satu suara menandakan mesej masuk ke in-box. Sedikit kekhusyukan hilang di situ, dek kerana ketakutan apakah itu natijahku. Seusai solat, lantas berdoa buat kali terakhir. Dengan harapan yang menggunung mengalahkan para pejuang hendak berjuang. Kemudian, dengan pantas, menekan keypad dan kelihatan beberapa panggilan tak berjawab. Oh teman, maafkan saya. Agak saya dia adalah teman sekuliah. Setelah itu, dengan pantas membuka in-box, dan tertulis "Mabrouk Sem 5 dengan markah **, dan Sem 3 dengan markah **. . Hani'an. " kata Asma' sahabat baik sekuliah, berbangsa arab itu.
Oh Allah, berjurai air mata saya bak air pasang. Nikmat apakah ini? Baik sangatkah aku sehingga diberi kebahagiaan sebegini.
Saya tidak memerlukan angka yang sangat tinggi, cukup sekadar mendapat gelaran cukup-cukup makan, tapi juga kenyang. Alhamdulillahh..Allah memberi kita sesuatu perkara atas apa yang kita perlu dan bukan atas apa yang kita inginkan.
Semoga dengan kedatangan sem yang berbaki, kami semua memperoleh kejayaan yang lebih dahsyat lagi berbanding sem ini. Berdoalah, berdoa, dan jangan berhenti berdoa selagi masih ada peluang. Usaha juga amat penting jika tanpanya, ianya akan sia-sia. Usaha tanpa doa pula, mengundang takabur. Na3ozobillah min zalik.
Buat sahabat-sahabat di Kenitra, semoga anda semua kuat dengan peperiksaan yang masih berbaki.
Buat sahabat-sahabat di Casa, jadikan penantian anda satu keseronokan dalam menjalinkan hubungan dengan Allah, kerana itu sangat Sweet.
Buat sahabat-sahabat di Rabat, tahniah buat kalian. Syukur padaNya.
Kata-kata semangat dari insan-insan yang dikasihi sebelum keputusan peperiksaan diumumkan.
Sahabat dari bumi anbiya'
Asma', sahabat paling bahagia dengan kejayaan saya, dan tak berhenti mendoakan saya, sehingga mengatakan " awak jangan beli apa-apa hadiah bila awk musafir nanti, sebab awk adalah hadiah buat kami"
Sahabat dari Malaysia. Menulis status di YM untuk menenangkan saya. Luv U so much.
Nur Adilah, dari daerah Rabat, Morocco.
Beberapa insan lain yang saya tak nyatakan di sini adalah amat berharga juga buat saya. Terutama kedua ibu bapa saya, yang telah memberikan hadiah berupa perbelanjaan untuk jaulah ke bumi andalus nanti. Hadiah telah dimasukkan ke dalam bank walaupun pada waktu itu saya belum mengetahui keputusan peperiksaan saya, kerana ini juga merupakan keyakinan buat kejayaan saya, Terima kasih semua! Semoga Allah membalas jasa kalian.
Pada mereka yang belum saya sebutkan nama, ketahuilah bahawa anda semua sentiasa ada tempat di hati saya. Incha Allah..
Alhamdulillah, alhamdulillah, dan alhamdulillah pada Allah.













0 comments:
Post a Comment