Tuesday, 24 April 2012

Demi Segulung Ijazah


Bismillahirrahmani er Raheem

Malas sangat ulangkaji harini, padahal esok dah nak mula langkah ujian pertengahan sem. 


Di dalam dewan peperiksaan, sengih-sengih seperti kerang busuk. Soalan mudah, jawapan pun pasti mudah. Tapi kalau dah tak hafal dengan baik, macam nak jawab dengan lancar. Nasib-nasib. 


Mulut terkumat kamit meminta exam ditunda, tapi hati berkata memang exam akan berjalan seperti yang telah diperkata ustaz. Manusia, manusia memang mudah lupa. Nikmat Allah jangan main-main! Memang Allah pasti bantu kita dalam apa jua keadaan, tapi tak bermakna sebuah doa bakal dikabulkan tanpa secebis usaha. 



Ingatlah, jangan diulangi kesilapan lalu. Bukan sahaja bakal ditampar penyesalan bahkan sebuah kesedihan bakal menyusul. Peringatan buat diri yang sentiasa inginkan kejayaan tapi kemalasan sentiasa menghantui tanpa diundang. 



Baki beberapa hari lagi untuk diri bergelar lulusan Sarjana Muda. 



Iya kah? Betul ke nak grade dah? 



Realisasikan impian dengan segunung usaha yang sepatutnya diperjuangkan. Usah malas lagi. 



0 comments:

Followers