Mohammad Rasulullah

Allahumma Salli Ala Mohammad, Habibina Mostafa Wa Barek Wasallem

Kasih Sayang Menjalin Mahabbah

Ukhuwwah Persis Sekuntum Mawar Yang Sedang Mekar

Taman Cinta, Paris.

Sesungguhnya Orang-orang Mukmin Itu Bersaudara

Seputih Salju

Sesegar Kasihmu Yang Tidak Pernah Layu

Melihat Bumi Tuhan

Berjalan, bermusafirlah melihat kebesaran Allah

Sahabat Selamanya

Teruskan Perjuangan Walau di Mana Kita Berada

Dingin Malam

Ramadhan di Alexandria

Thursday, 9 January 2014

Sedikit itu Nikmat!

Melangkah longlai aku menuju ke gerbang Kulliah. Manakan tidak, bakal bertemu insan-insan baru dalam sesi pengajaran kali ini. Beberapa bulan berlalu meninggalkan kenangan bersama anak-anak KIBA. Alhamdulillah, mereka sudahpun meneruskan perjuangan di tempat masing-masing.



Kali ini, aku juga kelihatan seperti pelajar KIBA. Sekali bertemu muka dengan mereka, tidak diberi salam. Senyuman mungkin sedikit. Ada juga yang mengenali diri ini, tapi belum begitu rapat. Aku risau, apakah aku boleh merapatkan ukhuwwah dengan mereka seperti mana yang aku lakukan bersama mantan-mantan KIBA lepas. 


Satu petang, bekalan air di rumah aku terputus. Musibah apakah ini, tapi aku cuma diamkan aja. Akal sentiasa ligat berfikir, Allah itu tidakkan memberatkan hamba-Nya. Mungkin ini adalah NIKMAT darinya. Menyedari hal itu, saban hari aku berulang alik menggunakan kamar mandi pelajar muslimat. Ah, tidaklah susah! Seronok, dengan hal yang rumit menjadi semakin manis. Aku sering menjengah ke penginapan mereka, berbual. Sehingga waktu ber'blackout' pun kami bersama. 

Di kelas pembelajaran, mereka sedikit bilangannya. Kusangkakan lesu dan tepu, malah makin hari makin gempar dan menggegarkan. Mereka kian hari makin tidak putus menagih isi pelajaran. Semangat yang membara membuatkan aku teruja untuk terus mengajar. Kini aku sedar, pengalaman lepas membuatkan aku lebih yakin untuk menghadapi pelajar-pelajar di zaman moden ini. 

Seorang pelajar ada meluahkan segala isi yang tersirat di hatinya dengan ayat yang lebih kurang bunyinya" dahulu saya tidak begini ustazah, saya teruk, lepas jumpa ustazah Alhamdulillah ". Allah Maha Besar di setiap sesuatu yang terjadi. Aku tidak menyangka bahawa hasil yang dibawakan begitu bermakna bagi si penuntut ilmu itu. Tambahan pula, matlamat inilah yang sebenarnya dicari-cari. Alhamdulillah. 


Kalian yang budiman, ingatlah rezeki Allah itu luas. Andai sekali kita rebah, cubalah untuk bangkit dan pandanglah ke hadapan agar setiap perjalanan yang bakal kita lalui sentiasa diredhai. Putus asa itu jangan sesekali menerpa di ruang minda. Semoga beroleh kemenangan di hari kemudian.

Sehingga bertemu lagi jika diizinkan-Nya. Hanya doa sebagai azimat yang paling berharga buat kita semua. Binnajah Insya-Allah.



Followers