Sunday, 26 February 2012

Nikmat!

بسم الله الرحمان الرحيم
Celik saja mata dari lena, berlari ke kamar mandi, dengan menekan-nekan perut, mual! Berkeroncong dendangan angin di perut, seakan mahu keluar semua isi dalamnya. Mungkin kerana angin yang masuk ke badan akibat tidur tanpa berselimut tebal. Hampir enam kali berulang-alik ke tandas. Di saat kejadian berlaku, berfikir sejenak, alangkah indahnya nikmat sihat yang dikurniakan Allah kepada hambanya. Cuba aja jika ditutup ruang pernafasan di hidung, apakah kita mampu menahan nafas selama beberapa minit atau berjam-jam lamanya. Sudah tentu tidak. Bersyukurlah dengan kurnianya yang tak terhingga, kita dihidupkan lagi dan masih punya banyak tugasan dalam perjuangan menegakkan syariat islam.
Saat sakit sangat susah segalanya untuk menggerakkan tugasan harian. Berpeganglah pada 5 perkara dan lakukannya sebelum datang 5 perkara. Saat sihat menerpa sebelum datangnya sakit, saat muda sebelum datangnya tua, saat kita kaya sebelum datangnya miskin, saat waktu lapang sebelum datangnya sempit dan saat masih kita dihidupkan sebelum menjelang sakaratul maut.





Jika diserang penyakit usahlah mengeluh bahkan bersyukur padaNya kerana kifarah dosa bersama kita, Incha Allah Ta'ala. 
Selamat memasuki sesi pembelajaran seterusnya, semoga sentiasa diberkati usaha gigih kita bersama dalam menempuh ranjau berduri perjuangan mengutip mutiara ilmu. 

0 comments:

Followers